the joneses

Wednesday, 28 January 2009

david

dalam huru-hara
engkau jadikan aku pencinta,
mengapa?

Wednesday, 14 January 2009

israeli 101

penganut agamaku
telah lama mati
hari ini kami kebumikan
bayi-bayi.

Tuesday, 6 January 2009

o mijn joodse broers

sudilah engkau menjadi
mimpiku dalam warni-warni.

tanpa warna merah
tanpa warna darah.

Sunday, 4 January 2009

Wat een medelijden

seks jual
kata akhbar,
majalah setuju
tivi setuju
novel setuju
filim setuju.

terkangkang-kangkang
kita membeli.

Monday, 29 December 2008

dood van een koning

akibat enaknya hidup
sangkanya tidak mati-mati.





nilai.

Friday, 26 December 2008

uten #2

sepiak pinang diatas lantai kami
duduk bermesra bertepuk peha
bertindih aku dan dia,
kami keluarga.

Tuesday, 23 December 2008

uten

dari gerak
kutahu cintaku
terpahat
didadamu.

lalu datang angin
mengiakan.

terima kasih kekasih.

Thursday, 18 December 2008

een klein gedicht aan haneem kaydeen headmistress

suku penduduk dunia menderita kelaparan
daging korban yang diberi pak sedara masih membeku dalam peti ais.






-sajak kecil buat haneem kaydeen-

Thursday, 11 December 2008

honden

katamu;
anjing menyalak bukit,
tekatnya sakit
bukit tidak runtuh.

engkau tidak kenal
anjing itu,
kataku.







-highland tower revisited-

Thursday, 27 November 2008

beggers dwalen

andai engkau hadir
di hari aku di istiharkan mati,
kafan dan sembahyangkan jenazahku
dan mintalah belas kasihan bagi pihakku dari tuhan.

itulah harinya aku butuh ehsan.

Tuesday, 25 November 2008

natuur

Monday, 24 November 2008

gitaarreeks voor een frieng

denting gitar sayup kedengaran,
keras dan meresahkan,
aku pasti itu hasil hentaman jemari ajis,
lelaki yang masih mencari.

-ajis-
dari dalam jiwa ada suara mengajak
pulang kepada jenayah pulang
kepada masalah pulang kepada
segala yang payah.
akalku memberontak nafsuku mahu
jinak rela diinjak.

suara gitar semakin jauh
dentingkan lagu remuk
aku pasti masih jemari ajis yang
kabut menghentam tali besi.

-aku-
jis,bukan selamanya kita disini
bukan selamanya kita.
telah aku kotakan janji,
nah, sekarang giliranmu
buka hati dan lari jauh
tinggalkan jenayah,tinggalkan
masalah dan segala yang payah.

gitar tidak lagi bernyanyi,
putus tali barangkali.
ajis masih tercari-cari.
tidak hilang namun tidak dilihatnya
terbentang namun tidak dilihatnya.

-ajis-
mengapa payah meredah hidup?

-aku-
jis,berjalanlah dengan mata yang terbuka
keduanya.

malam menjadi sepi tanpa
resah suara gitar.
aku mengingatkan diri
untuk membeli tali gitar
buat ajis,sang sahabat.

Monday, 17 November 2008

Rokende ganja in tangier

rokok daun nipah tanpa ganja
lekat dibibir.

emakku jauh
papaku jauh.

rokok daun nipah berserta ganja
lekat dibibir.

emakku dekat
papaku dekat.

di Tangier ada maulana mabuk kopi.

Wednesday, 12 November 2008

jim-magere rokende kerel





pemikir barangkali
pembunuh diri barangkali.

jim,
aku melihatmu dari jauh.

Monday, 3 November 2008

het spreken aan een spiegel terwijl scherende en halve naakt

hellooo! apa khabar?
wah! kepalamu makin botak
wah! perutmu makin buncit
makan rasuah kah?
ha.ha.ha.

maaf,
tidak kelakar.

apa kabar imanmu?
apakah semakin menipis seperti
rambut di kepalamu?
atau semakin membengkak
seperti perut dibawah bajumu?
ha.ha.ha.

maaf,
tidak kelakar.

amalmu bagaimana?
sebanyak rambut dikepalamu sahaja
tidak mencukupi
sombong seperti perutmu juga
tidak mencukupi
usaha lagi!

maaf,
aku tidak ketawa.
maaf,
aku serius!
ha.ha.ha.

Tuesday, 21 October 2008

requiem kak siah

selamat jalan kak siah
hayatmu kini jadi sejarah
yang pasti akan kekal di putarbelitkan

selamat pulang kak siah
moga engkau tenang
pada kami engkau telah menang

Sunday, 19 October 2008

tyfoon 16herfstmaand 2008

tiada angin
pohonku goyang
biar daun
jatuh berguguran

ini ribut ciptaan
ini kalut kehidupan
ini mabuk peringkat atasan

pohon enggan,ku tebang
ranting,dahan dan daun
terbiar gentayangan.

Thursday, 16 October 2008

mijn verkiezen

berikan aku ruang
dan akan kau dapati aku
adalah mahdi yang dinafikan haknya

berikan aku tahta di singgahsana
nescaya akan kau dapati aku
maharaja maha bijaksana
adil dan saksama

berikan aku dunia dan akan kau dapati
ditangan kananku kunci pintu-pintu sorga

engkau aku izinkan masuk
dari pintu agung manasuka

berikan aku
berikan aku
berikan aku!



sungai isap.

Wednesday, 8 October 2008

dam jongeheer

buka kangkangmu hai rajaku
biarku jilat pant@tmu.

orgasmamu matlamat hidupku.








June 19, 2006

Sunday, 28 September 2008

vel en kever

diatas daun ada kumbang
memakan daun perlahan-lahan
setelah kenyang kumbang terbang
tinggal daun berlubang-lubang

daun berlubang tidak cantik
mata memandang hati berdetik
-ah, itu daun sudah berlubang
bekas makanan pria kumbang

itu ibarat anak gadis
tiada usaha akhir yang manis
pelihara dirimu duhai sayang
hati,hati, jangan kangkang sembarang.



bukit goh