the joneses

Saturday 25 March 2006

schaap en wolf

langit mahu runtuh!langit mahu runtuh!
jerit si pengembala yang dulunya menipu
dengan dongeng serigala,
tak kala melihat salji jatuh tertimpa-timpa

kah! kah! kah!
ketawa sekawan biri-biri yang sedang duduk berdiang

Thursday 23 March 2006

hart

apa kamu menjangka kami peduli tentang cinta yang tiba-tiba mati?
tentang airmata yang tumpah? tentang hati robek yang parah?
tentang jiwa? tentang hati?

ah, kamu memang hidup berpandukan zakar yang tidak di khitan.

Wednesday 15 March 2006

op een klos winden

angin mendesir lalu tidak berhenti tidak pernah mati
percuma untuk aku untuk kamu
dan kamu meminta bayaran untuk amal yang tidak pernah engkau beli