the joneses

Wednesday 22 December 2010

puisi rindu buat min

min,
kutuliskan sebuah puisi sappy
puisi rintihrindu tidak bertemu
puisi sakitpilu minta dipertemu
puisikan apa yang engkau telah tahu
puisi betapa aku cinta padamu

dan ku tampal puisi itu
pada luka dihatiku

min,
aku gembira menangis
merinduimu.

Wednesday 15 December 2010

tanpa tajuk #787

perempuan;
janji,pujuk dan puji
mereka pun rela bukakaki.

lelaki;
perempuan bukakaki
kesan sujud didahi
pun jadi titik hitam dihati.

Tuesday 7 December 2010

peringatan dari zaman bodoh

dosa hari lalu datang
-kenal aku lagi? tanya dia,sinis.

aku tunduk malu
mahu pergi tiada kaki
mahu tunggu aib terlalu.

zaman bodoh telah lama pergi
ulang-ulang bukan untung.

Thursday 2 December 2010

taubat #13

tuhan,
tolong aku
buang enak
dalam berbuat
dosa.