the joneses

Thursday 31 March 2011

dingin dalam mesin

kehulu kehilir mengadu
aku malang
aku ditinggal kesepian
engkau lupa pada tuhan

Wednesday 30 March 2011

peristiwa cinta malam khamis di perhentian teksi jalan conlay

aku cinta padamu
kata dia sambil
mengacu pisau
keperutnya sendiri

aku cinta padamu
kata dia sambil
menghalau kekasihnya
pergi

celaka engkau
kata dia lagi
jahanam engkau
tambahnya lagi
janji mahu talifon
tetapi tidak,babi
seranah dia lagi

hanya maki
yang keluar
dari mulutnya
kepada kekasih
yang dilihat terlalu
amat kasih kepada dia.

kekasihnya hanya diam
sebab sekecil itu jadi
beban besar,berat.


aku berdoa kepada tuhan
moga aku seperti hari ini
kekal bahgia bersama dia
kekal duduk dalam cinta

Tuesday 29 March 2011

jangan ambil kerja tuhan

dosa dia dengan tuhan
biar dia selesai dengan tuhan
kita simpan malu orang
malu kita tuhan simpan

Monday 28 March 2011

sumpah sedarah hilang harga hari itu

sahabat itu rahsia
amanah juga janji
pegang sampai mati

ugut itu khianat
sahabat jadi kawan
kawan jadi rakan
rakan jadi kenalan
kenalan akhirnya
jadi musuh rekaan

Sunday 27 March 2011

romantis pagi minggu

min,
walau berjauhan
aku yakin tadi malam
kita tidur bersama
dibawah langit yang itu

Friday 25 March 2011

wag the dog

kote. kote. kote
ngantuk pun hilang

Monday 21 March 2011

irma menang perang

min
perang datang lagi
tidak diundang
bagi mempertahan
kepentingan peribadi.

min
irma hasmie sudah bertudung.







.

Monday 14 March 2011

perihal saya memujuk aki san,teman pelukis yang saya temui di kyoto waktu beliau sedang melukis didepan sebuah biara yang saya lupa namanya

aki san
khabarkan kepada dunia
tentang berita gembira
perihal anak-anakmu yang dihumbam ombak
dan belum dewasa kini sedang gembira
bermain disorga.

Friday 11 March 2011

jawapan saya kepada nota kecil dari anak lelaki saya atau alasan mengapa saya perlu terus merokok atau puisi kasih seorang ayoh

wahai umar permata hatiku
wahai hakim penawar dukaku
andai ayoh perlu mati
demi melihat kamu berdua berusaha
maka kekal-lah ayoh dalam merokok

Wednesday 9 March 2011

nota kecil dari dua anak lelaki saya kepada saya

ayoh
terima kasih kerana
menghantar kami kesekolah
kami berjanji akan tekun belajar
demi membalas jasa ayoh
hakim mahu jadi pakar jantung
umar mahu tahu ubat paru-paru barah
kerana ayoh kuat merokok tak boleh blah
nanti jika ayoh sakit
kami akan usaha ubati
kerana kami tidak mahu
ayoh mati

Monday 7 March 2011

jawapan Rokiah Binti Awang Keling kepada jenaka ambigues suaminya

oh kanda penawar jiwaku
enak benar berangan memeluk dan menakluk
si nurulain sambil saban petang kanda
berseluar atas dari betis
dipadang dan juga kepasar malam

oh pujaan hatiku mahkota duniawiku
zohormu hampir petang asarmu matahari tenggelam
kasihan nurulain menanti
seribu tahun (ukhrawi) pun tak mungkin tepati

oh nyawa sambung kehidupanku
mungkin dinda balasan tuhan
atas dosa yang pernah kanda lakukan
seperti bila talifon kanda hilang
waktu kanda tertidur ditempat awam

oh jenaral perang ketua rumahtanggaku
rayu dinda dengan perlahan
pimpin dinda dan tunjukkan jalan
moga dengan izin tuhan dinda
kembali kepada fitrah tuntutan

oh jiwa oh ragaku
jangan dibuka aib orang
dijadikan puisi buat
dibaca makhluk seluruh alam
mari kita saling bantu
bersama kita usaha pulang
dengan redha tuhan yang satu

Tuesday 1 March 2011

melankolik Cikgu Kenali sebelum beliau merotan tiga murid lelaki dan dua murid perempuan yang ditangkap sedang merokok dan bercium-ciuman

ini akan lebih menyakitkan saya
dari apa yang bakal kamu rasa

hari ini kamu memandang saya
dengan dendam dan benci
percaya-lah,saya merotan kamu
kerana cinta

nanti setelah dewasa
bila peristiwa ini diulang cerita
kamu bakal ketawa
dan akan ada airmata bila kamu
terkenang saya yang mungkin
telah tiada

nah, suatu masa nanti
jika diizin tuhan,kamu semua
akan sampai keusia saya
waktu itu,kamu juga suka
yang perlahan
gemar akan kelembutan
tidak rebel dan lebih senyum
dari terbahak-bahak ketawa

mungkin ada diantara kamu
yang menjadi guru seperti saya
dan mungkin kamu akan berjumpa
sifat murid seperti kamu semua

mahu dimaafkan,bimbang mereka
lupa dan keciciran lalu mereka
kamu hukum biar-pun kamu duduk
dalam bimbang mungkin disaman

cinta bukan selalunya nyaman
ada kalanya ia perlu dirotan
kerana itu kamu semua saya hentam