the joneses

Tuesday 22 December 2009

bangsa-bangsa bersatu-satu

benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta
bangsa itu bengap
bangsa ini pengap
keluar dari mulut
bangsa itu
bangsa ini
muhibbah angan-angan
senjata politik paling-paling
dirumah bangsa itu
anak ditanam keji
dirumah bangsa ini
anak diajar carutmaki
bangsa itu
bangsa ini
cakap-cakap dipodium
tingal cakap-cakap
tinggal dipodium-podium
diwarung mencari salah
dikopitiam mencari salah
bangsa itu
bangsa ini
yang duduk dikerusi
sibuk mengumpul dana
bekal selagi belum mati
bimbang tidak kecukupan
nasi yang tidak muat dimulut
disumbat melalui lubang bontot
biar mati kebulur
bangsa itu
bangsa ini
hak jadi milik peribadi
ehsan jadi simpati
yang jarang-jarang datang berkunjung
sombong mendabik dada tanpa malu
mengaku hero pahlawan hakiki
bangsa itu
bangsa ini
benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta

Saturday 19 December 2009

sya'ir majnun

Oo disana
itu teman wanitaku
bertudung litup
menutup buah susu
kurungnya 3 saiz lebih longgar

bibirnya tidak merah
pipinya tidak jingga
alisnya asal
lentik bulumatanya asli
bicaranya santun dan tersusun
seperti giginya bila tersenyum

Oo dunia
saksikan bahawa aku
akan jadi lelaki pertama
menyentuh jari-jemari lembutnya

Oo dunia
saksikan bahawa dia
bakal menjadi ibu
anak-anakku

Oo dunia
saksikan bahawa aku
sedang dilamun asmaradana

Oo disana
gadis cintaku
Oo disana
gadis yang tidak sedar
wujud aku

Friday 11 December 2009

penjual api


dari mulut para menteri
yang keluar hanya api
membakar hangus
rentung
garing

negeri ini
semakin kering
semakin gering
gersang
kontang

rakyat umpama anak
kecil dirumah kebajikan
diraikan
bila hampir
hariraya

kemudian kembali
dilupakan seperti
orang tua dirumah
seri kenangan

para menteri itu
kerjanya cuma
menjual api
benci

Sunday 6 December 2009

pesisir cinta


pesisir adalah setia
yang menanti ombak
menghakis
pergi untuk datang
lagi

pesisir adalah cinta