the joneses

Sunday 29 November 2009

lalu dijawabnya

neraka itu bukan tempat para jahat
neraka itu kampung pulang tauhid
yang salah

Wednesday 25 November 2009

tanya lelaki ii

jika yang jahat itu sentiasa lelaki
mengapa pula neraka bakal dipenuhi wanita

Monday 9 November 2009

tanya lelaki

apakah sama
sakitnya dikecewakan
cinta uda dan dara
dengan sakit ibu melahirkan
bayi

apakah sama
sakitnya ditinggal cinta
uda dan dara dengan derita
gelut sebelum mati

aku bertanya sebagai lelaki
yang tidak mungkin melahirkan
bayi dan kerana aku masih
disini