the joneses

Thursday, 29 September 2011

untuk eddie

rindu kami
kepadamu
tidak pernah
mati
sepertinya engkau
kepada kami
eddie.

Saturday, 24 September 2011

sorga kami kehilangan satu lagi penghuni



anak-anak itu adalah sorga ibubapa.
senyum dan tawanya cetus gembira
merubah suasana.
hilang dan ibubapa pun disapa bahang neraka.

tuhan,tolong kembalikan
semua anak-anak kami yang hilang.
kami mohon







Tuesday, 20 September 2011

melayu.sepuluh tahun setelah usman awang

melayu itu
layaknya berniaga
dibawah payung cuma
jual jambu dipinggir jalan
berkhemah hingga dinihari
menjual barangan tiruan
dikala bilal pecah tekak laung azan
dia sibuk melalak jual barang

melayu itu
politiknya tiada batas ugama
mulutnya berbau puki
korup tangan korup kaki
tegak benang basah
kerja sehari-hari
malu orang jadi jenaka
malu sendiri jadi bangga

melayu itu
kerjanya main-main
main-main itu kerjanya
mengadu malang semedang
merintih dalam lagu
mengaku masih bertatih
dan selalu perlu dibantu

melayu sudah tidak tidur lagi
sudah lama bangkit dari lena
apa sahaja jahat dunia
anak melayu terbabit sama
walau sedikit tertinggal
mereka kejar dengan iltizam
untuk terus derhaka

melayu itu
buang anaknya
buang ibubapanya
buang keluarganya
buang saudaranya
buang siapa sahaja
asal dia duduk ditangga jaya

ayuhai melayu seantero benua
tambah lagi usaha
usaha tangga jaya
selamat menjadi bangsa paling berdosa


Friday, 16 September 2011

cinta dihari ISA dimansuhkan dan bakal diganti dengan dua undang-undang lain yang entahkan serupa

masuk-kan ke alam cinta.dia
belai dan manja. dia
biar terbang .dia
biar terawang-awang. dia
sedang mimpi indah.dia
engkau pun dengan senyum paling
manis mohon keluar ke alam nyata.

hamba cinta.dia.
maharani cinta.engkau


Tuesday, 13 September 2011

tiada judul yang sesuai

assalamualaikoum tuan pengarah jabatan kerajaan
semuga tuan duduk dan berdiri serta berbaring
dalam kenikmatan dan redha tuhan yang maha agung
semuga tuan juga jadi manusia yang kekal dalam sembahyang

tuan,
saya cuma seorang kecil statusnya
juga tubuhnya.jerit saya tidak didengar orang
bisik saya jenaka pada banyak orang

dan tentunya saya orang bebas
selain dari mentaati perintah tuhan

itu-lah,mungkin tuan lupa
mengarahkan saya untuk datang bertemu tuan
(melalui utusan) dihari sekian dan waktu yang sekian
jadi kurang adab kerana saya tidak
tertakluk dibawah arahan mana-mana pengarah,
ketua kerani,kerani,budak perempuan garang,
peon,makcik buat kopi juga tukang kebun kerajaan
saya bukan anggota kerajaan
tiada akujanji,maka saya pun bebas menari

manis benar jika tuan sendiri dengan aman
menjemput saya ke restoran misalnya,
minum pagi minum petang atau
jika tuan suka,boleh sahaja sarapan
lewat malam misalnya

selepas berjabat tangan,jika tuan mahu
dan mengizinkan saya minum kopi o ais kegemaran saya
maka layak-lah jika tuan teringin marah dan marah kepada
saya,mentelah pula jika diakhir pertemuan,tuan sudi
membayar.jika tidak,saya teramat suka untuk berbelanja
kerana saya pun kaya juga

tuan,
terlalu lama duduk dalam besar membuat kita lupa
ujudnya kecil keliling.

akhir kata,
tolong doakan mati saya dengan bibir basah
menyebut nama tuhan kerana itu-lah yang penting pun
selain itu,semuanya tipudunia.

wassalam.




Sunday, 28 August 2011

hear ye hear ye

pemberitahuan!pemberitahuan! mulai tahun hadapan,ramadhan akan dikenali sebagai malaya holimun.selamat hari sentral oran-orang bahasa.semoga tuan-tuan tidur lena.


Thursday, 25 August 2011

ramadhan 25.1432

setelah tamar dan segelas nira,aku ambil sebatang rokok.hujungnya kubakar.kusedut dalam-dalam.biar puas.setelah diam sebentar didalam dada,aku lepaskan.asap yang yang keluar membentuk nama tuhan.berlegar-legar diruang dan perlahan-lahan hilang.

Saturday, 20 August 2011

lubang anusku gatal

sedang berjalan terdengar aku nama
dipanggil orang.aku berpaling dan ramadhan
yang sedang berlalu pergi berkata-hari ini jika
ingin berkata benar,jangan pakai kopiah,hahaha-
ketawanya panjang berjurai bergema seperti suara
hantu di televisi. aku teruskan perjalanan yang menurut
banyak orang semakin dekat kepada mati. seperti mereka tahu
sedang belum pernah ada mayat yang pulang kerumah
selain diwayang dan cerita-ceriti rekaan puak yang makan
hasil dari khayal.selesai berjalan aku duduk dengan kaki ditanah
dan papan punggung terawangan. aku menadah tangan kalau
-kalau ada yang memberi.tiada, dan aku lihat dihujung
paling hujung ada kanak-kanak perempuan bertudung
cantik menjual takwin islami ditengah-tengah tahun masihi
dan dibeli orang sebagai tiket kesorga.aku bangun dan kusapu
punggung dalam seluar,orang keliling memandang jelek,
mungkin terlalu lama jari didalam seluar dalam atau
mungkin tanpa sedar aku mencium telunjuk setelah
mengaru lubang anus yang gatal.seribu mungkin sejuta mungkin
dan siapa aku untuk memaksa keliling dari hanya tahu simpati
dan marah-marah bila negeri yang majoriti muslim tidak
mampu berjanji dengan isi negeri betapa makanan yang
halal terpampang memang halal tidak diragui. selesai mengaru
atau mungkin juga setelah habis gatal lubang anus,aku teruskan
melangkah.tiada tujuan hanya mahu lihat apa yang ada dijalan
mana tahu kalau-kalau ada yang menarik hati atau menarikku
ketepi dan memberikan kerjatiup percuma.jangan ketawa kerana ini tanah seribu mungkin dan sejuta kalau. ada akhbar inggeris ditiup angin. antara nampak dan tidak aku terbaca tajuk besar;celaka melayu tangkap kritian,makan babi-lah engkau semua dibulan ramadhan.ignoran mereka.yang jahat itu melayu yang baik itu islam dan aku berdoa ignoran akan dimasukkan pun kedalam edisi kamus dewan tahun hadapan. lapanribu perkataan bahasa melayu itu katanya dari bahasa hindu apa salah lagi seribu perkataan kita pinjam dari bekas tuan.tanpa sedar aku rupanya telah sampai didepan pintu baitulmal. pintunya dari kaca bermutu kedap bunyi kalis peluru. assalamualaikoum,kataku pada pengawal pintu.misai nipisnya terangkat dan dahinya berkerut,mahu apa? tanya dia dari celah pintu kaca yang tidak dibuka kecuali sedikit sahaja. mahu minta wang,tuhan suruh datang,balas aku. isi borong,jawab dia sambil tersenyum. aku ambil dan mengira.ada tigabelas borang yang perlu aku penuhkan.dan aku perlu juga tandatangan dari tigabelas orang saksi yang berani bersumpah yang aku ini sungguh benar miskin dan melarat,gelandangan tetapi tidak keparat. aku ketuk lagi pintu kaca tebal itu. mahu apa lagi? tanya pengawal bermisai nipis.pinjam pen,kata aku.lubang anus tiba-tiba gatal lagi. ada cacing barangkali.

Tuesday, 9 August 2011

cemburu aku

sahabat akrab yang teramat jahat
bertaubat lalu segera mati
buatkan aku jadi terlalu cemburu

Friday, 5 August 2011

itu ini begitu begini

kita ini begini
bila nama sedikit disebut orang
kita pun seperti berdiri ditempat paling tinggi
memandang kecil semua orang
kagum pada diri sendiri

sepatutnya kita ini begini
bila disebut nama tuhan
jadi gementar seluruh badan
percaya pada apa dia janji
hidup selepas mati itu pasti

Wednesday, 20 July 2011

ramadhan lalu

rupanya
mereka lapar
nganga mahu makan
lalu muntah

rupanya
mereka belum kenyang

Tuesday, 5 July 2011

tanpa judul nombor lima ratus duapuluh lima

entah lah mak
yang satu mahu berarak
yang satu janji bertindak
masing-masing tunjuk taring
masing-masing tunjuk belang
masing-masing mengaku hulubalang

kami pembela!
kata yang satu
kami pejuang!
dakwa yang lagi satu
satu sedang kenyang
satu berebut mahu makan

kita begini juga
kadang tidur lena
kadang mata tidak mahu pejam
gaji hari ini habis dibelanjakan hari semalam

mak
kita ini anjing belaan
dibelai dimanja bila perlu
disuruh menyalak bila perlu

Wednesday, 29 June 2011

tiada judul #323

terjaga aku ditengah malam
terdengar pintu hatiku
diketuk orang

Sunday, 19 June 2011

luahan yang terlupa ku ucapkan kepada mu min waktu kita masih bersama

min
mencintaimu
sepertinya pertama kali
mencintaimu
sepertinya pertama kali
jatuh dalam manis cinta
mencintaimu
sepertinya pertama kali
mencintaimu
min
kuulang-ulang
mencintaimu
mencintaimu

Wednesday, 25 May 2011

bagaimana seorang ibu membujuk hati rawan seorang anak akibat perselisihan sebelah pihak antara kawan

takut itu kekuatan
lemah itu bukan pilihan
minta-minta itu larangan
senyum itu meraikan


Sunday, 22 May 2011

bisik-bisik ketua-ketua negeri takala mereka mabuk kopi dan didengar oleh wikileaks lalu sampai pada kami

apa-lah sangat mati enambelas yatim
apa-lah sangat duapuluh dua wajah disimbah acid
apa-lah sangat maut jatuh bangunan takut ditangkap khalwat
apa-lah sangat mat sikal
apa-lah sangat gama radioasi
apa-lah sangat barang naik harga
apa-lah sangat buka aib
apa-lah sangat
apa-lah sangat
apa-lah sangat
apa-lah sangat
lama-lama mereka pun mati

hidup bukan lama sangat
keluhan rintihan awan jangan peduli sangat
kumpul-lah harta buat azimat
kaya itu banyak manafaat
dan berdoa-lah moga kubur kita tidak dikencing umat



Friday, 20 May 2011

min musim baru

moga engkau mencintai
dia yang mencintaimu
min,
aku ialah dia

Wednesday, 20 April 2011

ini bukan musim dahulu

selesai acara lumba
suasana kembali tenang
seperti tiada desak-kan
untuk bertanggunjawap
pada janji musim memilih
lalu ternganga-lah
anak burung menanti disuap
sedang ibu sedang bapa
ralit bercerita betapa hebat
masing-masing kelmarin
waktu berguling diranjang
ini zaman kasih bersempadan
walau anak walau ibu
kasih sayang ada tanda harga
hanya sibangkrup menjaja belas
menanti limpah dari raja segala raja
lalu dia dianggap gila dan ditertawa

Wednesday, 6 April 2011

nota buat pelawat

a
a
a
a
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
g
g
g
g
g
g
g
g
g
g
g
g
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
h
.
.
.
buk!

selamat datang ke malaya
kami suka bunuh orang
dari tempat tinggi

Tuesday, 5 April 2011

untuk ai weiwei

kritik adalah bangkang
bangkang wajip kurung
mudah benar sifir mereka
untuk kekal berkuasa
sedunia juga sama
seniman itu batang pelir
yang dilarang menegang
berdosa kata mereka
walau berahi kita yang punya

我的爱叔叔 ai weiwei
sejahtera-lah hendaknya engkau
walau dimana-pun berada.