the joneses

Thursday, 27 January 2011

perihal aku mengajar anakku matapelajaran sains dalam bahasa melayu

anakku,
kejayaan itu matahari
terik tengahari musim kemarau
panas membakar dan amat mengdahagakan

anakku,
gagal itu purnama waktu malam
penuh limabelas haribulan
redup mata memandang
walau cahaya tumpang

anakku,
usaha itu bintang siang bintang malam
banyaknya lebih dari butir pasir seluruh alam.



ayer puteh

Saturday, 22 January 2011

doa

tuhan,
engkau jadikan-lah dosa
itu satu impian
yang tidak bisa
kugapai,
amin.

Saturday, 15 January 2011

mimpi hari tua bersama min

min,
bila engkau telah terlalu tua nanti
sendiri dan tidak bergigi
bila agar-agar seakan besi

pasti
akan kumamah sehingga lumat
walau besi dan kusuapkan kemulutmu.
aku seperti terdengar
suara lembutmu mersik merdu ketelingaku;
-enak sungguh agar-agar ini-

min
puisi ini kutulis sambil tersenyum

Saturday, 1 January 2011

setelah cinta

cinta suami mati
bila tidak lagi sudi
menambat hati isteri

cinta isteri mati
bila melihat suami
cuma sumber materi

Wednesday, 22 December 2010

puisi rindu buat min

min,
kutuliskan sebuah puisi sappy
puisi rintihrindu tidak bertemu
puisi sakitpilu minta dipertemu
puisikan apa yang engkau telah tahu
puisi betapa aku cinta padamu

dan ku tampal puisi itu
pada luka dihatiku

min,
aku gembira menangis
merinduimu.

Wednesday, 15 December 2010

tanpa tajuk #787

perempuan;
janji,pujuk dan puji
mereka pun rela bukakaki.

lelaki;
perempuan bukakaki
kesan sujud didahi
pun jadi titik hitam dihati.

Tuesday, 7 December 2010

peringatan dari zaman bodoh

dosa hari lalu datang
-kenal aku lagi? tanya dia,sinis.

aku tunduk malu
mahu pergi tiada kaki
mahu tunggu aib terlalu.

zaman bodoh telah lama pergi
ulang-ulang bukan untung.

Thursday, 2 December 2010

taubat #13

tuhan,
tolong aku
buang enak
dalam berbuat
dosa.

Friday, 26 November 2010

kasi chan




kasi
kunci biar mati
kasi
tunduk tidak tegang
kasi
sejuk sampai beku

tolong beri aku peluang untuk pulang
biar pun pernah ku minta
seribu kali ku ulang-ulang


Saturday, 20 November 2010

agak-agak agar

jika para menteri itu
punya anak seperti kami
sayangi anak seperti kami
sekolahkan anak
bersama anak kami
besarkan anak dengan gaji kami
akan adil agaknya negara ini.

Thursday, 4 November 2010

nota cintaku kepada min satu ketika dahulu

min,
bagaimana agaknya nanti
andai terjadi
engkau disana dan aku pula disini
saling berjauhan
dan waktu itu kita
tidak lagi
saling mencintai.

Tuesday, 2 November 2010

takut benar engkau pada murka tuan

sepertinya hidup ini sangat benar
engkau pun jadi anjing
setia melulu
walhal

Sunday, 24 October 2010

keluhan seniman

nanti,
waktu aku telah terlalu tua
pasti engkau datang dengan
anugerah darjah dan harta
kunun sebagai tanda mata
atas perjuanganku segala
sedang waktu itu
yang aku mahu cuma
perempuan-perempuan

muda.

Monday, 18 October 2010

Thursday, 14 October 2010

untuk alice

Monday, 11 October 2010

Thursday, 7 October 2010

Monday, 4 October 2010

nota tentang kasih-sayang

Tuesday, 7 September 2010