the joneses

Tuesday, 27 April 2010

triger hepi


(model:jern foong)

limabelas tahun
entah dosa apa
ditembak polisi
lalu mati
dalam mobil ada parang
kata polisi
benar barangkali
direka-reka juga barangkali
limabelas tahun itu remaja
lemah tubuh lemah segala
tangkap dan cabut bulu ari-ari
atau kuku-kuku,satu persatu
hentak kepalanya kebucu
paksa dia mengaku
apa sahaja yang engkau mahu berlaku
nescaya dia setuju
jangan dibedil begitu
hiba kami melihat tangis sang ibu
ini bukan pertama kali
bukan lagi rahasia
bapak polisi kini
semakin triger hepi
hey! Aminulrasyid Amzah
aku berharap nasibmu lebih baik
kala engkau dibicara dimahkamah Allah

Monday, 26 April 2010

tanda amaran


(pyan dan lukisan sam di galeri anugerah)


sedang leka berjalan
sadar mengcuit bahu
maaf saudara,katanya
perjalanan mendepang panjang
ada hujungnya
tunduk aku malu
persis anak babi
takut memandang langit
kata orang,tuhan ada disitu

Sunday, 18 April 2010

kata nafi mereka


dengan dua tangan diikat ke belakang
berbondong mereka kehulu
berjanji perbaiki
buruk menjadi baik
baik menjadi cantik
sambil membuka aib lawan
dengan yakin mereka berteriak
kami sebaik pilihan
tuhan kepada mereka
tidak lain hanya perkataan.

Friday, 9 April 2010

nota lelaki kecil atau nota kecil lelaki



hidup bukan cuma berkisar
sekitar celah kelangkang
raja-raja dan para penguasa
tidak juga dikelangkang kita

Saturday, 3 April 2010

duoapril


ulang berulang
tuhan beri ruang
kembali tenang
syukur

Saturday, 20 March 2010

kenangan mesra lalu


min,
bermusim cinta yang lalu
yang aku rindu cuma kamu

Tuesday, 16 March 2010

reinkarnasi




mencari asal
mahu mati dan hidup
kembali
ulang beribu kali
biar bersih
mahu tersenyum
waktu tiada waktu

nirvana itu diredha
nirvana itu redha

Friday, 12 March 2010

air dalam


sambil menyelam sambil menangis
menyorok tangis didalam air

Saturday, 27 February 2010

kasih



dalam gelap kehidupanku
engkau bawa cahaya gemerlapan
terima kasih dan
selamat hari lahir sayang

Friday, 12 February 2010

selamat hari valentine sayang


engkau mahu aku
buka hati untukmu
taat dan setia rela
menelan racun bisa
untukmu

katamu menjadi hukum
hukummu menjadi kanun
lekuk dibatu yang
engkau pecahkan
bila terasa mahu dilontar
kemukamu

selamat hari valentine sayang
aku bukan Romimu

prolog;
engkau Juli yang paling romantis
bila cintaku (padamu) engkau tahu
telah mati

Wednesday, 3 February 2010

sementara menunggu (menjadi makanan cacing)



kelahi-kelahi
rebut itu ini
sengaja tidak
mahu ingat
sementara cuma
disini

Thursday, 14 January 2010

biru menjadi hitam


menagisi gelap semalam
mengharap terang esok hari
bangga dengan jaya kelmarin
menunggu gaji untuk berbelanja lagi
tipikal

muram durja dek kegagalan
kenduri besar dek kejayaan
cantik jelita umpama judi
huduh itu hukuman
tipikal

seni adalah aneh
kunia manusia terpilih
muntah hijau melihat agama
kuat, dan engakau dicop teroris
tipikal

karaoke pejabat kontraktor
korek sana korek sini
rasuah itu ibadat
tinggal, dan engkau mudarat
tipikal

setia negara itu biasa
kritis,dan engkau pembangkang
pemuka kerjanya cuci kelangkang
jadi balaci untuk menang
tipikal

semua pun tipikal
semua pun tipikal
dari biru menjadi hitam

Tuesday, 5 January 2010

warga contoh

aduh
fikiranku kosong
layaknya ditong
ah
kerajaan pasti
suka rakyat seperti
aku

Tuesday, 22 December 2009

bangsa-bangsa bersatu-satu

benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta
bangsa itu bengap
bangsa ini pengap
keluar dari mulut
bangsa itu
bangsa ini
muhibbah angan-angan
senjata politik paling-paling
dirumah bangsa itu
anak ditanam keji
dirumah bangsa ini
anak diajar carutmaki
bangsa itu
bangsa ini
cakap-cakap dipodium
tingal cakap-cakap
tinggal dipodium-podium
diwarung mencari salah
dikopitiam mencari salah
bangsa itu
bangsa ini
yang duduk dikerusi
sibuk mengumpul dana
bekal selagi belum mati
bimbang tidak kecukupan
nasi yang tidak muat dimulut
disumbat melalui lubang bontot
biar mati kebulur
bangsa itu
bangsa ini
hak jadi milik peribadi
ehsan jadi simpati
yang jarang-jarang datang berkunjung
sombong mendabik dada tanpa malu
mengaku hero pahlawan hakiki
bangsa itu
bangsa ini
benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta

Saturday, 19 December 2009

sya'ir majnun

Oo disana
itu teman wanitaku
bertudung litup
menutup buah susu
kurungnya 3 saiz lebih longgar

bibirnya tidak merah
pipinya tidak jingga
alisnya asal
lentik bulumatanya asli
bicaranya santun dan tersusun
seperti giginya bila tersenyum

Oo dunia
saksikan bahawa aku
akan jadi lelaki pertama
menyentuh jari-jemari lembutnya

Oo dunia
saksikan bahawa dia
bakal menjadi ibu
anak-anakku

Oo dunia
saksikan bahawa aku
sedang dilamun asmaradana

Oo disana
gadis cintaku
Oo disana
gadis yang tidak sedar
wujud aku

Friday, 11 December 2009

penjual api


dari mulut para menteri
yang keluar hanya api
membakar hangus
rentung
garing

negeri ini
semakin kering
semakin gering
gersang
kontang

rakyat umpama anak
kecil dirumah kebajikan
diraikan
bila hampir
hariraya

kemudian kembali
dilupakan seperti
orang tua dirumah
seri kenangan

para menteri itu
kerjanya cuma
menjual api
benci

Sunday, 6 December 2009

pesisir cinta


pesisir adalah setia
yang menanti ombak
menghakis
pergi untuk datang
lagi

pesisir adalah cinta

Sunday, 29 November 2009

lalu dijawabnya

neraka itu bukan tempat para jahat
neraka itu kampung pulang tauhid
yang salah

Wednesday, 25 November 2009

tanya lelaki ii

jika yang jahat itu sentiasa lelaki
mengapa pula neraka bakal dipenuhi wanita

Monday, 9 November 2009

tanya lelaki

apakah sama
sakitnya dikecewakan
cinta uda dan dara
dengan sakit ibu melahirkan
bayi

apakah sama
sakitnya ditinggal cinta
uda dan dara dengan derita
gelut sebelum mati

aku bertanya sebagai lelaki
yang tidak mungkin melahirkan
bayi dan kerana aku masih
disini