the joneses

Monday, 26 October 2009

sewa anak

sekembali dari hutan, saya diceritakan perihal seorang ibutiri yang menyewakan anak suaminya. tiada kesedihan lain yang lebih besar pada saya selain penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak. jahat benar mereka yang bersepakat melakukan penderaan ini.

anak tiri dijual lima ringgit
jadi makanan sibapa angkat
bangsa melayu sungguh bangsat

Wednesday, 21 October 2009

tanyadiri

andai nikah itu
klimaks cinta
apakah yang menanti
selepas

Saturday, 17 October 2009

suara media sungguh membosankan hari ini; sebuah sajak yang belum siap

apakah baiknya bila engkau
menghebahkan akan benteras
segala macam kejahatan dalaman
kepada umun

apakah pula faedahnya bila engkau
berikrar akan memperbaiki perilaku
dan peribadi ahli partai
kepada umum

hal dalam kain engkau kami tidak peduli
hal dalam partai engkau kami tidak peduli
sesastera mana sajak yang engkau lagukan di podium
kami tidak peduli
pantunmu yang penuh santun juga kami tidak pernah
mahu peduli

Tuesday, 6 October 2009

cak lem pong dan air bandung ii

sedang asyik bergelut berebut
itu ini peninggalan moyang siapa
tuhan umumkan semua mutlak haknya

mahu dimusnah,dia musnah
mahu dipelihara,dia pelihara

Sunday, 4 October 2009

cak lem pong dan air bandung i

menjadi bodoh kita
berebut perhiasan neraka

Friday, 18 September 2009

mengapa perlu gembira di hari raya

berhari raya itu
perintah Tuhan
baju baru dan lain-lain itu
penambah keceriaan

Friday, 4 September 2009

ratib pak rahim

aku peniaga
yang mahu asyik
mencari laba
dimalam untung
seribu purnama

Wednesday, 2 September 2009

sajak ramadan buat min

min,

cintaku
mutu nombor satu
semua jauhari kata
setuju

Tuesday, 25 August 2009

anugerah buat pendosa

yang tinggal-tinggal sembahyang
pun puasa
yang tidak pernah sembahyang
pun puasa
yang acu-acu bertutup
pun puasa
yang telanjang terus
pun puasa
pendosa segala
pun puasa

benar ini bulan
rahmat seribu
benar ini bulan
hadiah dari tuhanku

Friday, 14 August 2009

rindu teramat dalam

min,
malam sering membawa
engkau datang dan
pergi seperti bayang
tidak bisa kupegang
waktu mata dipembaringan

Friday, 7 August 2009

rendra 1935-2009

gegar hati
luluh jantung
seperti mati kekasih
airmata pun menitik

doa kami disini
selamat om disana

selamat jalan siburung merak
belasungkawa

Monday, 3 August 2009

zaman pecah

ini zaman pecah
ini zaman mencari salah

Wednesday, 29 July 2009

tanpa judul #27

yang pahat yang penukul itu anak kita
yang lena yang terlepas waktu subuh
yang gelama yang ikan duri itu
anak kita yang terlupa
yang sengaja tidak mahu ingat waktu zohor
yang hangat yang tahi ayam itu
anak kita yang leka menyepak
yang ralit menendang diwaktu asar
dan belegar-legar hingga terlepas
waktu maghrib
yang menyalak ditepi bukit itu
anak kita yang lelah yang letih
yang membiarkan berlalu waktu isya

kita kencingnya berdiri
berjejeh tidak malu
kita selamanya ketam
mengaku guru

Saturday, 25 July 2009

sepi lelaki

dua lelaki sepi duduk semeja
meneguk kesunyian
segelas demi segelas,

-ini lebih baik dari minum sendirian-
kata satu dari dua lelaki sepi yang
duduk semeja

lelaki yang lagi satu mengangguk
senyumannya sudah lama hilang
pergi tidak pulang-pulang.

bunuh apa?

perbuatan orang-kah
biangnya sendiri-kah
hari itu sepatutnya
bukan hari mati

tekak kering
liur pahit kupaksa telan
memandang langit
ada mendung mengandung hujan

bersihkah bumi bila
hujan membasahi
apakah serap dosa
setelah matahari sinar kembali?

Tuesday, 14 July 2009

tanpa judul #786

berjalan bergelut mencari
akhirnya sendiri
diam dibanir
membiarkan akar membelit
diri

Tuesday, 7 July 2009

balada mamat dan minah

mamat membuka celana
anunya mengiring ketepi
tidak menegang
tidak bisa bikin
minah bising mengerang

sejak hari dulu
hingga hari kini
mamat hanya bimbang
tentang anunya
tentang ininya

sembahyangnya kucar-kacir
kadang-kadang tiga
kadang-kadang dua
mamat tidak runsing
kerana yakin mati dihari tua

kepada minah mamat bilang
"sebentar yang,abang keluar
beli kopi,abang akan cari
yang lebih power dari semalam"

minah tersenyum tidak malu
"cepat sikit bang,ayang tak tahan"
jerit minah kuat hingga terdengar jiran
"persetankan orang,mamat laki aku"
kata minah dengan mata dibuat-buat kuyu

bergegas mamat menuju warung
matanya melilau mencari kopi
yang diketip dipapan

yang ini sudah dicuba minggu lalu
yang inu sudah dicuba minggu yang lagi satu
dua-dua itu jenama baru dalam pasaran
dua-dua itu tidak menepati sasaran

orang sibuk bincang pasal selsema babi
siapa syiah siapa wahabi
mamat tidak angkat peduli
yang penting malam ini
mamat mahu sibuk puaskan bini

mamat menimbang-nimbang
tidak tahu jenama mana jadi pilihan

mamat capai yang itu tiga
mamat gapai yang inu dua
kalau diikut otaknya yang geliga
disitu juga mahu dia telan semua

mamat pujuk anunya agar bersabar
"tidak lari dua gunung yang dikejar"
mamat merasa dirinya kelakar

tiba dirumah
mamat campur semua
ditogoknya kopi campuran
memandang anunya dengan harapan

ada berita kampung yang mahu diroboh
berita bekas menteri rumah besar juga sudah heboh
mamat tidak peduli itu semua
yang mamat tahu,malam ini katil kelaminnya pasti roboh

Thursday, 2 July 2009

satu baris ucap selamat.satu baris kata nasihat

selamat tidur dalam teknikalar.
jangan bermimpi terlalu lama.







* kata 'teknikalar' saya ambil dari sajak Salleh Ben Joned.

Tuesday, 30 June 2009

sajak dua ringgit

duduk ramai-ramai
bincang itu ini

tambah kopi
tambah kopi

mj mati
honduras tukar menteri
presiden iran tipu undi

tambah kopi
tambah kopi

palestine tak aman lagi
israel memang kaki buli
harga minyak bakal naik lagi

tambah kopi
tambah kopi

duduk ramai-ramai
huhahuha cerita luar negeri

tambah kopi
tambah kopi

kata pyan,
kuala lumpur jem hari-hari
satu orang pun tak nampak
cuma gua yang sibuk terlalak-lalak,
bayar dua ringgit,suruh gua
baca banyak sajak,hemm!

duit kopi
duit kopi

Wednesday, 24 June 2009

bukan manusia

bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali

bukan perempuan namanya
dia jika puasnya
dia dengan satu tas tangannya
dia dengan satu pasang kasutnya
dia dengan satu warna gincunya
dia dengan satu perhiasan dadanya
dia dengan satu cincin dan gelangnya
dia dengan satu segala harta dunianya
dia mahu serba-serbi seribu kali
dia bahkan mahu lebih lagi

bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali

bukan manusia namanya
mereka jika bukan begitu
tidak begini
bukan hamba namanya
mereka jika terus kekal
dan mati begini