the joneses

Sunday, 27 June 2010

Thursday, 24 June 2010


Wednesday, 16 June 2010

min

min
saat berdua engkau peminta

cintai aku
cintai aku selama masa
cintai aku seakhir dunia

min
aku dermawan yang engkau lupa

Tuesday, 15 June 2010

beth,i love you

Tuesday, 8 June 2010

yubodo

Thursday, 3 June 2010

Tuesday, 1 June 2010

Saturday, 22 May 2010

hina


model; Tiger Lee

Friday, 14 May 2010

lawak buat-buat


tulisan ini tulisan lama. dengan sedikit pembaharuan.judul asalnya BUAT LAWAK. saya tukar kepada LAWAK BUAT-BUAT kerana saya rasa tulisan ini itu-lah.
berikut sedikit ulasan dari arisel BA.

-Dan pada 31.1.04, tiba-tiba muncul Tareht membawa angina kelainan dalam sajennya ‘ Buat Lawak ‘ walaupun bahasanya serius, tetapi tersembunyi humor yang bijaksana.

-Rumusan yang saya dapati bahawa 19 buah sajen yang ditulis dalam masa 19 hari ini masih polos, kecuali Tareht yang berjaya membawa kelainan dan kepolosan. Walaubagaimanapun diksi yang dipilih oleh Tareht amat serius bahasanya yang lambat bagi kita mengesan di mana letak humornya. Walaubagaimanapun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada sembilan pensajen yang lain yang membungai laman Sajen ini dengan sajen-sajen mereka. Teruskan menulis sajen.

untuk membaca sepenuhnya tulisan arisel BA,klik disini.

Tuesday, 11 May 2010

Sunday, 9 May 2010

bunuh bang bunuh


-sila klik gambar untuk imej lebih besar-

Thursday, 6 May 2010

dalang


*sila klik gambar untuk imej lebih jelas*

Tuesday, 27 April 2010

triger hepi


(model:jern foong)

limabelas tahun
entah dosa apa
ditembak polisi
lalu mati
dalam mobil ada parang
kata polisi
benar barangkali
direka-reka juga barangkali
limabelas tahun itu remaja
lemah tubuh lemah segala
tangkap dan cabut bulu ari-ari
atau kuku-kuku,satu persatu
hentak kepalanya kebucu
paksa dia mengaku
apa sahaja yang engkau mahu berlaku
nescaya dia setuju
jangan dibedil begitu
hiba kami melihat tangis sang ibu
ini bukan pertama kali
bukan lagi rahasia
bapak polisi kini
semakin triger hepi
hey! Aminulrasyid Amzah
aku berharap nasibmu lebih baik
kala engkau dibicara dimahkamah Allah

Monday, 26 April 2010

tanda amaran


(pyan dan lukisan sam di galeri anugerah)


sedang leka berjalan
sadar mengcuit bahu
maaf saudara,katanya
perjalanan mendepang panjang
ada hujungnya
tunduk aku malu
persis anak babi
takut memandang langit
kata orang,tuhan ada disitu

Sunday, 18 April 2010

kata nafi mereka


dengan dua tangan diikat ke belakang
berbondong mereka kehulu
berjanji perbaiki
buruk menjadi baik
baik menjadi cantik
sambil membuka aib lawan
dengan yakin mereka berteriak
kami sebaik pilihan
tuhan kepada mereka
tidak lain hanya perkataan.

Friday, 9 April 2010

nota lelaki kecil atau nota kecil lelaki



hidup bukan cuma berkisar
sekitar celah kelangkang
raja-raja dan para penguasa
tidak juga dikelangkang kita

Saturday, 3 April 2010

duoapril


ulang berulang
tuhan beri ruang
kembali tenang
syukur

Saturday, 20 March 2010

kenangan mesra lalu


min,
bermusim cinta yang lalu
yang aku rindu cuma kamu

Tuesday, 16 March 2010

reinkarnasi




mencari asal
mahu mati dan hidup
kembali
ulang beribu kali
biar bersih
mahu tersenyum
waktu tiada waktu

nirvana itu diredha
nirvana itu redha

Friday, 12 March 2010

air dalam


sambil menyelam sambil menangis
menyorok tangis didalam air