the joneses

Thursday, 14 May 2015

mak dia itam

Hai anak,besar nanti
Jika ada yang datang
Meminta-minta,beri semampu
Tanpa perlu soal segala

Yang datang seorang engkau bantu
Yang datang sekapal engkau bantu
Biar pun mak dia hitam.

Negeri nafsi-nafsi bukan disini
Kita bukan pemberi rezeki.


#rohingya
Min
Aku ini punya hati
Yang aku bimbang
Bimbang akan mati

Monday, 10 November 2014

tidak sabar untuk pergi
tinggalkan rindu yang tiada lagi

Tuesday, 22 July 2014

cina mencuri
melayu pukul
melayu mencuri
india pukul
yang sakit negara ini
yang mati negara ini

Wednesday, 18 June 2014

kami bilang tidak apa.hati kami tidak terduga.

Thursday, 12 June 2014

mereka sakiti anakkita.mereka sakitikita.tidak apa.

Monday, 26 May 2014

tenang-lah hati tenang-lah
tenang-lah hati tenang-lah
tenang-lah hati tenang-lah
tenang-lah tenang tenang-lah
tenang-lah tenang tenang-lah
tenang-lah tenang tenang-lah
tenang-lah lah tenang-lah
tenang-lah lah tenang-lah
tenang-lah lah tenang-lah
hati-lah tenang tenang-lah
hati-lah tenang tenang-lah
hati-lah tenang tenang-lah

tidak tenang

Sunday, 19 January 2014

yang jahat itu jalanraya
penyebab kemalangan jiwa
yang jahat itu remaja

Sunday, 12 January 2014

sedang seluruh tubuhku
sibuk maksiat
mulut comelku
lembut bisik membujuk
aku ini chairil jaman maju

Wednesday, 18 September 2013

menunggu engkau dimuka pintu rumah nan ghaib
masuk-lah,masuk-lah, dia menjemput senyumnya lembut
engkau lalu masuk kepintu nan salah

Saturday, 17 August 2013

jahat agaknya aku
takala mesir makin mati
aku sibuk merakam
momen terbaik buat
diletak pada status
facebook-ku

Friday, 12 July 2013

tung! tang! tung! tang!
bising diluar
kubuka mata
kulihat politik janji itu ini
aku sambung tidur

Sunday, 16 June 2013


aku ini air basuhan
mengalir pelahan
resap kerekahan

Monday, 25 February 2013

sedikit perhatian
disangkanya sorga

Wednesday, 9 January 2013

telah datang sebuah rindu nan panjang
dalam mengingati tuhan
min,
dimatamu ada rindu 


Tuesday, 8 January 2013

ibu,
nanti bila telah dewasa,
aku mahu sepertimu
tertawa seringkasnya


Thursday, 15 November 2012

mantan yusoff,
maaf bila aku
tidak dapat hadir
dimajlis keluar
engkau dari agamaku
kerana risiko malang berada
bersamamu kala itu
tinggi terlalu

Tuesday, 11 September 2012

hidup adalah rutin
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang
berulang-ulang.
sibodoh mengeluh
bosan.

Tuesday, 28 August 2012

musim uang datang lagi
harga diri murah sekali

Monday, 27 August 2012

melihat bodoh (remaja)
kita pun berharap
dewasa mereka
menjadi bijak.
kendati pun,hanya itu milik kita.