the joneses

Monday 27 August 2007

sermoen

Dengan jujurnya saya mengaku antara banyak perkara yang tidak saya gemari di Malaya ini adalah khutbah Jumaat. Terlalu panjang, sangat kerajaan dan amat membosankan.

Dengan penuh prasangka itulah saya ke Jumaat 2 minggu lepas.

Khutbah pertama sangat santai. Walaupun masih berbau kerajaan, yakni menceritakan erti kemerdekaan,ianya di sampaikan tanpa perlu membeli jiwa sesiapa. Cerita merdeka dikaitkan dengan perjuangan para nabi-nabi ailaihumussalam. Semuanya disampaikan dengan bahasa yang mudah dan saya merasa bersalah kerana merasa terhibur dengan khutbah pertama itu.

Habis khutbah pertama, Imam duduk. Habis doa, Imam memulakan khutbah kedua.

Gedegang!

Imam menyampaikan khutbah dalam bahasa inggeris!Saya amat terpesona dengan khutbah keduanya.

Bukan sebab saya sukakan Bahasa Inggeris tetapi saya amat sukakan cara pembawaan Imam tersebut. Beliau faham akan keadaan ahli jemaahnya yang kini terdiri dari perbagai bangsa.Pada saya, ini adalah khutbah terbaik yang pernah saya dengar. Mungkin apa yang disampaikannya adalah biasa (tentang kemerdekaan dalam khutbah pertama dan peristiwa israk dan mikraj dalam khutbah kedua), cara beliau menyampaikannya itulah yang membuatkan saya amat-amat menghormati beliau.

Saya tidak tahu samada ini adalah praktis terbaru di Malaya, tetapi saya yang pertama kali mendengarnya merasa amat kagum.

Jika kamu ahli kariah Masjid Nilai dan mengenali Tuan Imam tersebut, tolong sampaikan salam saya kepada beliau. Katakan hanya sifat malu yang menghalang saya dari berdiri ditengah-tengah ramai dan memberikan tabik hormat kepada beliau.

Hah! Siapa kata Malaya Bodoh!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom beli bendera sebab amnulah yang memerdekankan kita.

ps: sistem bunyi masjid itu juga perlu diperbaikai.

15 comments:

Pa'chik said...

hahah... minggu ni kata pemuda amnu, mereka berjuang bukan kerana wang... kekekek....

akubukanpilihan said...

pernah dengar kuliah dalam BI... memang menarik... kekadang nie, penceramah pun perlu diberi kursus mcm mana nak berceramah... ader ilmu, tapi sygnya ilmu tu kekadang tak sampai kepada pendengar coz cara diorang membosankan...

Ku Keng said...

Jadi khutbah Nilai bernilai!

sinaganaga said...

Kau patut menulis emula di 'Abdullah Jones'!

Bunga Rampai said...

Salam Pak AJ,

Saya tak beli bendera. Saya dapat free dari stesen minyak. Amnu banyak duit.

blackpurple @ jowopinter said...

Pernah mengikuti khutbah yang guna 'slaid' AJ?

Saya tak mengibar bendera. Ah! Tak patriotik rupanya saya....

tuan tanah said...

Jones dah balik Malaya?

Anonymous said...

nice!
may be one day bila saya blk bercuti, saya akan duduk di dalam kereta di luar masjid Nilai ( err..encik, Masjid Nilai yg mana? ) sambil mendengarkan Khutbahnya. Harap2 saya masih berkesempatan untuk itu.

:)

slm pknln

-d0ne-

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
wanie_agk said...

ok la tu..

Anonymous said...

multilingual eh imam tu. cayalah.

Najwa Aiman said...

2004-2005: Sentiasa solat Jumaat kat Masjid India di Jalan Masjid India sambil tengok awek India. Best! Tak paham khutbahnya, tapi lebih baik daripada yang difahami di Masjid Jamek.

Vanekam, valli kidhe... niye kalle midi chitek!

Unknown said...

jom join...www.anakperlis.com

demonsinme said...

Master AJ:

Forgive me for this intrusion to this discussion.

Dedicated to Little Nurin
from a father of none

On this day that I saw your dried tears,
I pledge my vows and lifted my spears,
and let loose a war cry so all could hear,
I paint my eyes black and pay homage to the devil’s lair,
and wage my soul to barter this unjust despair,
I ask him unto me he would give the hideous of stare,
so that I find this son of an unholy night mare,
and hunt him down with out any care,
once he lays under my anger snare,
I will gnaw his heart bare,
while life still dangles in sinful hair,
and I will drink his blood in cups of pair,
then I will pluck each and every one of his beastly hair,
and make a lace out of that bastard stare,
so all bestial man be aware,
this world shall never be his damned soul's lair.

rudy bluehikari said...

Oh, dalam entri blog saya beberapa tahun lepas saya menulis tentang ini juga. Tapi, watak dan tempatnya berbeza. Kalau tuan ke Masjid MMU Cyberjaya sama dgn cara di Masjid Nilai. Amat seronok dan tidak meleret-leret hingga jemaah kiri dan kanan saya tertidur enak.