the joneses

Tuesday, 20 September 2011

melayu.sepuluh tahun setelah usman awang

melayu itu
layaknya berniaga
dibawah payung cuma
jual jambu dipinggir jalan
berkhemah hingga dinihari
menjual barangan tiruan
dikala bilal pecah tekak laung azan
dia sibuk melalak jual barang

melayu itu
politiknya tiada batas ugama
mulutnya berbau puki
korup tangan korup kaki
tegak benang basah
kerja sehari-hari
malu orang jadi jenaka
malu sendiri jadi bangga

melayu itu
kerjanya main-main
main-main itu kerjanya
mengadu malang semedang
merintih dalam lagu
mengaku masih bertatih
dan selalu perlu dibantu

melayu sudah tidak tidur lagi
sudah lama bangkit dari lena
apa sahaja jahat dunia
anak melayu terbabit sama
walau sedikit tertinggal
mereka kejar dengan iltizam
untuk terus derhaka

melayu itu
buang anaknya
buang ibubapanya
buang keluarganya
buang saudaranya
buang siapa sahaja
asal dia duduk ditangga jaya

ayuhai melayu seantero benua
tambah lagi usaha
usaha tangga jaya
selamat menjadi bangsa paling berdosa


4 comments:

cryclown said...

saya sangat suka :D

Hashim Zabidi said...

Melayu kini untuk Malaysia kini.

Unknown said...

Ini era Melayu 'berkelahi'
akan datangkah sang pendamai?

Atau bermaharalelanya si batu api
yang membisikkan benci sesama sendiri

MUHD HAFIYUDDIN said...

Melayu semakin Layu.