the joneses

Wednesday 30 March 2011

peristiwa cinta malam khamis di perhentian teksi jalan conlay

aku cinta padamu
kata dia sambil
mengacu pisau
keperutnya sendiri

aku cinta padamu
kata dia sambil
menghalau kekasihnya
pergi

celaka engkau
kata dia lagi
jahanam engkau
tambahnya lagi
janji mahu talifon
tetapi tidak,babi
seranah dia lagi

hanya maki
yang keluar
dari mulutnya
kepada kekasih
yang dilihat terlalu
amat kasih kepada dia.

kekasihnya hanya diam
sebab sekecil itu jadi
beban besar,berat.


aku berdoa kepada tuhan
moga aku seperti hari ini
kekal bahgia bersama dia
kekal duduk dalam cinta

1 comment:

Chereta Chenta said...

semoga sahaja dia bertemu dengan seseorang yg lebih baik dari si celaka itu