wahai anak lelakiku
pelihara isterimu dengan baik
bermanis muka dengan dia selalu
belai dia dengan cinta
sayangi dia dengan kasih mesra
panggil dia dengan suara paling lembut
paling manja
anak lelakiku,
jangan lebihkan dia dari ibumu, dari aku
kerana sorgamu ada disitu
wahai anak perempuanku
hormati suamimu
jangan tidur (malam) sebelum dia
hiburkan dia selalu
buang letih mencari rezekinya dengan
lembut jari-jemarimu
letakkan dia dikepala bagai mahkota
anak perempuanku,
lupakan aku dan ibumu
kerana sorgamu ada pada dia
yang engkau panggil suamimu
wahai anak-anakku
selama mana pasanganmu
mahu duduk kekal taat
kepada tuhan milik semua sesuatu
redho-lah engkau akan kelaku
jika dia enggan
nasihat
jarakkan diri
atau rotan
lalu jika kekal mereka dalam enggan
walau dia engkau kasihan,
bebaskan mereka dengan ikhsan.
Tuesday, 8 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
indah dan penuh hikmah..
perhhh the best..
suka sangat....
Alhamdulillah.
Salam Pak AJ :)
terima kasih..
Post a Comment