the joneses

Tuesday 1 March 2011

melankolik Cikgu Kenali sebelum beliau merotan tiga murid lelaki dan dua murid perempuan yang ditangkap sedang merokok dan bercium-ciuman

ini akan lebih menyakitkan saya
dari apa yang bakal kamu rasa

hari ini kamu memandang saya
dengan dendam dan benci
percaya-lah,saya merotan kamu
kerana cinta

nanti setelah dewasa
bila peristiwa ini diulang cerita
kamu bakal ketawa
dan akan ada airmata bila kamu
terkenang saya yang mungkin
telah tiada

nah, suatu masa nanti
jika diizin tuhan,kamu semua
akan sampai keusia saya
waktu itu,kamu juga suka
yang perlahan
gemar akan kelembutan
tidak rebel dan lebih senyum
dari terbahak-bahak ketawa

mungkin ada diantara kamu
yang menjadi guru seperti saya
dan mungkin kamu akan berjumpa
sifat murid seperti kamu semua

mahu dimaafkan,bimbang mereka
lupa dan keciciran lalu mereka
kamu hukum biar-pun kamu duduk
dalam bimbang mungkin disaman

cinta bukan selalunya nyaman
ada kalanya ia perlu dirotan
kerana itu kamu semua saya hentam

5 comments:

Shazni Ibrahim said...

deep dari hati. maka rasanya juga terkesan deep dalam hati.
rasanya mahu kongsikan ini dengan semua murid saya.

Mak Su said...

salam hormat... masih ingatkan saya? 'milah'

sy skrg dgn ana mu_ _ im, sbgi editor.

terima kasih kpd encik abdullah jones yang memulakan bicara pada suatu ketika dahulu, sy byk menimba ilmu :D

Miss Shikin said...

this is super genius. i just have to say it. and someday, i'll be an educator.

Lily Lola said...

Saya tidak pernah berguru dengan Cikgu Kenali tetapi saya tahu dia terkenal di Kuantan sebagai guru yang amat luar biasa. Mungkin kerana itu anak muridnya juga cukup luar biasa.

a who said...

aku guru dan aku setuju.