the joneses

Monday, 14 February 2011

jenaka ambigues solleh bin sonapi kepada isterinya yang berambut merah dan berseluar ketat sebelum beliau tidur berdengkur setelah mereka bersenggama

puisi paling suci demi untuk menyambut hari valentine



segala dosa dinda,yang dahulu,yang sekarang
juga yang akan datang,telah kanda ampunkan.

dosa dinda dengan tuhan,tertanggung dibahu kanda,
jadi kanda minta dengan penuh pengharapan
agar dinda segera selesaika apajua hutang dinda
dengan tuhan

kerana bila telah mati,kanda ingin segera kesorga
disana nurulain sedang menanti untuk menghiburkan kanda
sementara menunggu dinda habis disiksa akibat enggan
menurut perintah tuhan untuk menutup aurat.

7 comments:

Pena Marhaen said...

indah dan saya merasa terkesan dengan nukilan tuan..

april said...

haha..ini sungguh sinis !

Sutera_suci said...

Nice one! :)

Salam kenal.

nurulasmira said...

cukup terkesan. moga ini dapat menarik hati-hati yang lupa. juga peringatan untuk semua yang membaca.

Chereta Chenta said...

cukup terkesan

s.a.m.y said...

Jujur.Aku sering menelanjangkan senyuman tika membaca karya-karya kamu.Ikhlas.Aku sudah lekat suka. :)

fendi said...

aku senyum ...mungkin bermakna..