Tuesday, 27 April 2010
triger hepi
(model:jern foong)
limabelas tahun
entah dosa apa
ditembak polisi
lalu mati
dalam mobil ada parang
kata polisi
benar barangkali
direka-reka juga barangkali
limabelas tahun itu remaja
lemah tubuh lemah segala
tangkap dan cabut bulu ari-ari
atau kuku-kuku,satu persatu
hentak kepalanya kebucu
paksa dia mengaku
apa sahaja yang engkau mahu berlaku
nescaya dia setuju
jangan dibedil begitu
hiba kami melihat tangis sang ibu
ini bukan pertama kali
bukan lagi rahasia
bapak polisi kini
semakin triger hepi
hey! Aminulrasyid Amzah
aku berharap nasibmu lebih baik
kala engkau dibicara dimahkamah Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Belasungkawa untuk Aminulrashid Amzah atas trajedi yg menimpanya.
Takziah buat ibu dan keluarganya.
Berbahagialah bapak-bapak pulisi yg menyerangnya.
malaysia!
dia,
ada seragam kuasa,
dia raja,
tembak,
budak tak faham bahasa,
terkencing,
bila kena siksa,
mengaku,
tak tahu nak kata apa.
jemput ke laman zaidharis
"hey! Aminulrasyid Amzah
aku berharap nasibmu lebih baik
kala engkau dibicara dimahkamah Allah"
amin.:)
Dia mangsa keadaan..
Sudah ajal sebegitu..
Jangan kutuk polis lebih-lebih..
Ramai juga bapak-bapak polis itu undi PKR dan PAS..
Kawan kamu tu..
Cuma kerja mereka polis..
http://mansi18.blogspot.com
Jika nyawanya polisi tidak terancam, apa perlu menjadi triger hepi??
Post a Comment