the joneses

Tuesday, 22 December 2009

bangsa-bangsa bersatu-satu

benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta
bangsa itu bengap
bangsa ini pengap
keluar dari mulut
bangsa itu
bangsa ini
muhibbah angan-angan
senjata politik paling-paling
dirumah bangsa itu
anak ditanam keji
dirumah bangsa ini
anak diajar carutmaki
bangsa itu
bangsa ini
cakap-cakap dipodium
tingal cakap-cakap
tinggal dipodium-podium
diwarung mencari salah
dikopitiam mencari salah
bangsa itu
bangsa ini
yang duduk dikerusi
sibuk mengumpul dana
bekal selagi belum mati
bimbang tidak kecukupan
nasi yang tidak muat dimulut
disumbat melalui lubang bontot
biar mati kebulur
bangsa itu
bangsa ini
hak jadi milik peribadi
ehsan jadi simpati
yang jarang-jarang datang berkunjung
sombong mendabik dada tanpa malu
mengaku hero pahlawan hakiki
bangsa itu
bangsa ini
benci bangsa makin tinggi
duduk paling atas carta

3 comments:

el-Maaniq said...

"hak jadi milik peribadi"?

sebenarnya tanggungjawab tapi difikir sebagai hak.

cth - duit zakat adalah tanggungjawab untuk diagihkan, tapi mereka fikir hak mereka.

drama sebabak - dalam mesyuarat bulanan antara semua pegawai berikan laporan. komen dari ketua pegawai, "banyak juga duit kita"

duit kita?

Hashim Zabidi said...

sebak rasa hati
baca sajak ini
bangsa itu
bangsa ini
bukan lagi nasi.

setiakasih said...

sedih melihat bangsa sendiri saling caci-mencaci...