the joneses

Monday, 9 November 2009

tanya lelaki

apakah sama
sakitnya dikecewakan
cinta uda dan dara
dengan sakit ibu melahirkan
bayi

apakah sama
sakitnya ditinggal cinta
uda dan dara dengan derita
gelut sebelum mati

aku bertanya sebagai lelaki
yang tidak mungkin melahirkan
bayi dan kerana aku masih
disini

5 comments:

Shafri said...

bergegar hati terasa dikocak.. jawapannya tak sama.. :(

Anonymous said...

sakit ibu melahirkan bersulam gembira, sakit cinta jd pecahan tk nampak luka, tak keluar darah, tapi bisa bikin gila..

Pei Pan said...

Sakit lagi ibu melahirkan bayi, tapi yang dijulang tinggi,
bukan sakit yang itu.

*Arhhh! cinta uda dara lagi*

JMR said...

kenapa kau masih di situ?;-:-)

jamAntik said...

bila tiba musim cinta,
tibalah musim bahagia,
dan tibalah musim derita,
pertemuan,perpisahan,Satu!