the joneses

Tuesday, 7 July 2009

balada mamat dan minah

mamat membuka celana
anunya mengiring ketepi
tidak menegang
tidak bisa bikin
minah bising mengerang

sejak hari dulu
hingga hari kini
mamat hanya bimbang
tentang anunya
tentang ininya

sembahyangnya kucar-kacir
kadang-kadang tiga
kadang-kadang dua
mamat tidak runsing
kerana yakin mati dihari tua

kepada minah mamat bilang
"sebentar yang,abang keluar
beli kopi,abang akan cari
yang lebih power dari semalam"

minah tersenyum tidak malu
"cepat sikit bang,ayang tak tahan"
jerit minah kuat hingga terdengar jiran
"persetankan orang,mamat laki aku"
kata minah dengan mata dibuat-buat kuyu

bergegas mamat menuju warung
matanya melilau mencari kopi
yang diketip dipapan

yang ini sudah dicuba minggu lalu
yang inu sudah dicuba minggu yang lagi satu
dua-dua itu jenama baru dalam pasaran
dua-dua itu tidak menepati sasaran

orang sibuk bincang pasal selsema babi
siapa syiah siapa wahabi
mamat tidak angkat peduli
yang penting malam ini
mamat mahu sibuk puaskan bini

mamat menimbang-nimbang
tidak tahu jenama mana jadi pilihan

mamat capai yang itu tiga
mamat gapai yang inu dua
kalau diikut otaknya yang geliga
disitu juga mahu dia telan semua

mamat pujuk anunya agar bersabar
"tidak lari dua gunung yang dikejar"
mamat merasa dirinya kelakar

tiba dirumah
mamat campur semua
ditogoknya kopi campuran
memandang anunya dengan harapan

ada berita kampung yang mahu diroboh
berita bekas menteri rumah besar juga sudah heboh
mamat tidak peduli itu semua
yang mamat tahu,malam ini katil kelaminnya pasti roboh

5 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam AbdullahJones,

"saya sukai rangkap 3 dan rangkap akhir sajak ini ! ..."

MADiSYAK said...

Pengakuan yang ikhlas.

Ramai yang hadapi masalah gitu tapi buat tidak tahu. Ramai yang mencari-cari ubat, tapi tetap masih tidak kuat.

fndrocka said...

aku suka tulisan kau

. budu said...

bagus lah pokcik!

Anonymous said...

cheap ugg boots cheap ugg boots ugg boots free shipping [url=http://www.boots--free.com/]cheap ugg boots[/url] www.boots--free.com
cheap ugg boots cheap ugg cheap ugg [url=http://www.boots--classic.com/]classic ugg boots[/url] www.boots--classic.com
ugg boots traffic genuine ugg boots ugg boots jumble sale [url=http://www.ugg--bootssale.com/]ugg boots sale[/url] www.ugg--bootssale.com
nike nfl jerseys nfl jerseys nfl jerseys [url=http://www.nfl--jerseys.com/]nike nfl jerseys[/url] www.nfl--jerseys.com nfl jerseys
michael kors outlet michael kors handbags michael kors bags [url=http://www.moncler--jackets.com/]michael kors bags[/url] www.moncler--jackets.com