bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali
bukan perempuan namanya
dia jika puasnya
dia dengan satu tas tangannya
dia dengan satu pasang kasutnya
dia dengan satu warna gincunya
dia dengan satu perhiasan dadanya
dia dengan satu cincin dan gelangnya
dia dengan satu segala harta dunianya
dia mahu serba-serbi seribu kali
dia bahkan mahu lebih lagi
bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali
bukan manusia namanya
mereka jika bukan begitu
tidak begini
bukan hamba namanya
mereka jika terus kekal
dan mati begini
Wednesday, 24 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Aku diantara 'BUKAN'
:)
'we're only human,
flesh and blood are made'
Salam AbdullahJones,
+++senyum ....
"bukan lelaki namanya
dia jika jatuh cintanya
dia hanya sekali" - ini betul
salahkah jatuh cinta itu? kamu buat saya fikir ini.
ps: adore dis blog.so i link urs. thanks.
Kalau "bukan" maka apa ya?
:)
Hebat! Para terakhir melengkapkan dengan cantik.
datang berbaju tapi nak senyum
:)
Post a Comment