the joneses

Wednesday 22 April 2009

soldaat zonder liefde

tentera mencium tangan bonda
dengan penuh kasih dan cinta
sebelum tangannya dipenuhi
darah bonda musuh

jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja

tentera menangis memandang isteri
yang menangis ditinggal suami
dengan hati penuh waja tentera pergi
membunuh suami membunuh isteri

jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja

tentera mencium anak
dimata ada hiba,esak tidak terbuang
sebelum ke medan perang membunuh
anak lain orang

jangan jadi tentera
jangan jadi tentera
jika cuma taat perintah
membunuh siapa sahaja

7 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam pagi Abdullah Jones,

memang tragis untuk suatu-suatu perkara ..

Aku said...

jadilah macam saya, sojar tanpa c4!

wahyudi my said...

tragisnya. Tapi demikianlah.

faziz ar said...

jika tiada siapa mahu jadi sojar
maka bagaimana...

ayushuhaimi said...

berasa.

irwan bajang said...

luar biasa..puisi ini menyindir dengan penuh jurus hebat yang langsung kena sasaran...hmmmmm
saya angkat topi untuk puisi ini... salam kenal untuk penyairnya..

betapa dilematis dan penuh ketimpangan ketika memilih untuk hidup sebagai tentara



nice poem!!!
:D

Hidayah said...

jadilah tentera yang cuma taat perintah Allah