mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya yang pakai baju merah
mana dimana pemimpin politik saya
pemimpin politik saya itu yang semua dalam parah
can malican can malican
marican,naina dan kutty kini semua sudah jadi melayu
mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya kakinya penuh cagu
mana dimana duduk rakyat negara saya
rakyat negara saya itu yang bodoh,pekak,buta dan bisu
chan malichan chan malichan
melayu suka semua kerajaan tolong
mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya itu yang suka duduk beralih-alih
mana dimana kaya bahasa saya
kaya bahasa saya itu yang tunggu masa untuk desembelih
chan malichan chan malichan
jepun,jerman,china,perancis,
semua tidak pandai cakap orang putih
mana dimana anak kambing saya
anak kambing saya itu yang duduk tepi sawah
mana dimana penyakit negara saya
penyakit negara saya itu yang orang panggil rasuah
chan malichan can malichan
benteras kata kerajaan maknanya buat bedaah
eh!mana anak kambing saya?
Tuesday, 24 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Sajak yang ditelanjangkan.
Dan yang membacanya tersenyum.
salam puisi.
hahaahah... anak kambing dah dikecai c4
saya meluat tengok kambing yang makan macam di padang rumput.
Anak kambing terbiar lapar susu.
Salam Pak AJ :)
sapelah yg menulis sajak@puisi@pantun ni jelas kejahilannya. dengan sendiri menelanjangkan diri sendiri.pastinya bukan org melayu
Kirana Ukhuwah.
Lahirmu bukan dari induk yang satu,
besarmu bukan bawah bumbung yang sama,
cerdikmu dari guru berbeza.
Kasihmu tiada tara.
Kerana Firman Yang Esa,
kita bersaudara.
Akidah menjadi darah kita,
lalu kita bersama.
Jihad menjadi daging kita,
lantas kita serupa.
Kerana ukhuwah, kerana mahabbah.
Kita sahabat semua.
Siddiq Osman.
16 April 2009
Kirana Ukhuwah.
Lahirmu bukan dari induk yang satu,
besarmu bukan bawah bumbung yang sama,
cerdikmu dari guru berbeza.
Kasihmu tiada tara.
Kerana Firman Yang Esa,
kita bersaudara.
Akidah menjadi darah kita,
lalu kita bersama.
Jihad menjadi daging kita,
lantas kita serupa.
Kerana ukhuwah, kerana mahabbah.
Kita sahabat semua.
Siddiq Osman.
16 April 2009
menarik...ilham painting aku..
Post a Comment