the joneses

Friday, 13 February 2009

aanradend mezelf

hidup ini wajip bertuhankan tuhan
harta dan masyhor itu palsu kehidupan
tuhan nan satu tidak memberi pilihan
hanya dia sebenar-benar tuhan

selesai keputusan mahu hidup bertuhan
wajip pula ikut semua aturan
senang dan susah gigit dengan gigi garham

hidup ini memerlukan tuhan
sultan tinggi diatas atau hamba rendah bawahan
sama rata yang dipisahkan iman

dimana-mana ada tuhan
molekkan pekerti sopankan perbuatan
kerja jahat perlu jauhkan

bukan susah taatkan tuhan
semua sudah nabi terangkan
hanya perlu redha lakukan

kepada diri sendiri aku berpesan
hidup dan mati kekallah bertuhan
kepada sahabat handai dan taulan
pilihan ada ditangan tuan

5 comments:

Anonymous said...

:D

Lily Abdullah said...

Saya suka :)

Anonymous said...

:-)

Jones... hi

Bunga Rampai said...

Salam Pak AJ,

Terima kasih kerana menitiskan air mata saya.

Hilmi Zulfadli Shahrom said...

Tanpa tuhan..
Manusia tidak boleh menjadi apa..

Manusia hanya sampah tanpa tuhan..