bapaku sedang sakit tenat
terbaring di katil
tidak lagi bersuara
tidak lagi kenal saudara
lelaki gagah itu kini terlentang
terbaring tinggal tulang
hatiku robek
perlahan aku datang padanya
duduk dekat dengan kepalanya
aku rendahkan muka
aku rapatkan bibirku ke telinganya.
-cepat sikit mati bah, minyak naik lagi,
kami mahu segera pulang bah,
bimbang harga barang ikut dari belakang,
bisikku lembut ketelinganya.
adik dan ibu memandangku
angguk tanda setuju.
Friday, 6 June 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
minyak oh minyak
dalam www.pujangga-kembara.blogspot.com
apalah nak jadi.
haha,
sampai hati :)
:)
ckp kat diri sendiri pun bolehhhh...
adooi, nok mati pun ditakutkan dengan minyak
jahatnya anak.
amboih~
dalam sungguh. =)
puisi sakit!
cara!!
U r a very good writer, thats all!
Cynical... I guess...
Post a Comment