the joneses

Friday, 30 November 2007

de natuur

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah
laut itu bertambah kotor dek kerana kencing-
berak puak-puak ikan yang kian tidak teratur,
banyak dan berterabur.

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah
udara itu menjadi cemar dek kerana kentut
para burung yang sakit perut memakan ikan
yang diarrhea kerana saban hari tinggal
dan terminum air yang sangat kotor.

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah
bukit gunung hutan menjadi gondol kering dan datar
dek kerana tamaknya kera dan lotong,badak dan babi
memakan itu ini,menyondol serba serbi.

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah, kata saya
perlihara-lah alam sekitar tambah saya
kurung puak ikan dalam kaca,tangkap para burung
letak dalam sangkar,kera dan lotong dan badak
kita zoo negarakan, babi itu haram,alas tangan dan badan
tangkap dan hapuskan.

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah
selepas itu alam akan bertambah mesra dan
mula mahu bersahabat dengan kita.

mungkin barangkali boleh jadi agaknya-lah.






.

5 comments:

ledisordre said...
This comment has been removed by the author.
ledisordre said...

sinis dan berjenaka, brilliant.

Anti Toksin said...

deep

Anti Toksin said...
This comment has been removed by the author.
blogmenjerit said...

5bintang sbb brmotif n sedap d dgari