the joneses

Monday, 27 August 2007

sermoen

Dengan jujurnya saya mengaku antara banyak perkara yang tidak saya gemari di Malaya ini adalah khutbah Jumaat. Terlalu panjang, sangat kerajaan dan amat membosankan.

Dengan penuh prasangka itulah saya ke Jumaat 2 minggu lepas.

Khutbah pertama sangat santai. Walaupun masih berbau kerajaan, yakni menceritakan erti kemerdekaan,ianya di sampaikan tanpa perlu membeli jiwa sesiapa. Cerita merdeka dikaitkan dengan perjuangan para nabi-nabi ailaihumussalam. Semuanya disampaikan dengan bahasa yang mudah dan saya merasa bersalah kerana merasa terhibur dengan khutbah pertama itu.

Habis khutbah pertama, Imam duduk. Habis doa, Imam memulakan khutbah kedua.

Gedegang!

Imam menyampaikan khutbah dalam bahasa inggeris!Saya amat terpesona dengan khutbah keduanya.

Bukan sebab saya sukakan Bahasa Inggeris tetapi saya amat sukakan cara pembawaan Imam tersebut. Beliau faham akan keadaan ahli jemaahnya yang kini terdiri dari perbagai bangsa.Pada saya, ini adalah khutbah terbaik yang pernah saya dengar. Mungkin apa yang disampaikannya adalah biasa (tentang kemerdekaan dalam khutbah pertama dan peristiwa israk dan mikraj dalam khutbah kedua), cara beliau menyampaikannya itulah yang membuatkan saya amat-amat menghormati beliau.

Saya tidak tahu samada ini adalah praktis terbaru di Malaya, tetapi saya yang pertama kali mendengarnya merasa amat kagum.

Jika kamu ahli kariah Masjid Nilai dan mengenali Tuan Imam tersebut, tolong sampaikan salam saya kepada beliau. Katakan hanya sifat malu yang menghalang saya dari berdiri ditengah-tengah ramai dan memberikan tabik hormat kepada beliau.

Hah! Siapa kata Malaya Bodoh!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom beli bendera sebab amnulah yang memerdekankan kita.

ps: sistem bunyi masjid itu juga perlu diperbaikai.

Friday, 3 August 2007

scheren

hoi mamak!
cukur habis rambutku
misaiku juga janggutku


incik
rambut cukur licin banyak cantik
tapi itu misai kawasan takungan air
tapi itu janggut hutan simpanan kekal
tak mahu potong lah incek

hoi mamak!
potong semua
aku tambah lima ringgit

incik banyak baik
saya sekarang cukur semua
incik punya tahi lalat banyak cantik