the joneses

Sunday, 10 June 2007

gezichtsbedrog

apa khabar agaknya
gadis-gadis yang patah hati
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sudah menikah dan beranak-pinak atau mati atau
menjadi penghuni rumah-rumah sundal, menjual cinta dan
kasih dengan sedikit harga sebagai membalas dendam sebagai
pemberontakan terhadap berahi yang terhalang

apa khabar agaknya
lelaki-lelaki yang galak berzina
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sedang disiksa malaikat atau menjadi kepala keluarga
yang senang hati melihat anak menjadi ranggi dan tersenyum
apabila peroleh cucu haram atau barangkali sedang aktif
dalam partai sambil mengintai posisi utama pegangan negeri

sengaja aku bertanya khabar
kerana ghairah cinta remaja kala ini dijual di novel-novel di-
layar perak dan di muka peti tivi seolah-olah sangat penting
dan akan mampus segala kehidupan jika sekiranya tidak digembar-
gemburkan akan hilang tamadun jika sekiranya tidak
di-lamputinggi-kan dan terjerit-jerit mempertahankan
konon itu suci, konon ini suci dan konon inilah sumbangan kepada
perjuangan walhal semuanya adalah untuk untung,
untuk uang

dan lelaki-lelaki yang berzina dahulu adalah berkat usahamu
menanam cinta dalam benak remaja kerana kamu lupa yang mereka
cuma perlukan sedikit agama

9 comments:

ayobkelubi said...

wooo!

Pegawai Khalwat said...

Makan dalam......

akira said...

salam pak aj. saya mau pinjam entri ini letakkan di blog saya buat peringat saya dan kawan2, boleh ya?

-aqilah, 18 tahun-

rukiah mahmood dan anak-anak said...

ops, maaf. lupa nak beritahu. saya letakkan di blog keluarga saya.

aqilah

blackpurple @ jowopinter said...

Tajam menikam........!

Muhtar Suhaili As-Sarawaki said...

'Makan Dalam' yang SureDosa.. Jom Taubat!

Anonymous said...

terasa...

JDL said...

so true.
ur blog is my new favourite thing.
thanks.

ledisordre said...

pucat lesi putus nafas aku baca. terima kasih.