the joneses

Wednesday, 20 July 2011

ramadhan lalu

rupanya
mereka lapar
nganga mahu makan
lalu muntah

rupanya
mereka belum kenyang

Tuesday, 5 July 2011

tanpa judul nombor lima ratus duapuluh lima

entah lah mak
yang satu mahu berarak
yang satu janji bertindak
masing-masing tunjuk taring
masing-masing tunjuk belang
masing-masing mengaku hulubalang

kami pembela!
kata yang satu
kami pejuang!
dakwa yang lagi satu
satu sedang kenyang
satu berebut mahu makan

kita begini juga
kadang tidur lena
kadang mata tidak mahu pejam
gaji hari ini habis dibelanjakan hari semalam

mak
kita ini anjing belaan
dibelai dimanja bila perlu
disuruh menyalak bila perlu