the joneses

Thursday, 24 April 2008

ouder # 89

i.
ibu bertanya,
mahu jadi apa kelak dewasa?

yang baik pekertinya,
jawabku.

tidak mahu kaya?
tanya bondaku lagi.

sememangnya kita telah amat kaya,
hidup kita tidak pernah meminta-minta,
kataku lagi.

engkau tidak mahu kuasa?
tanya redup mataku.

kuasa itu arak manusia,
banyak yang mabuk kerananya.
balas kataku.



ii.
engkau anak yang ku kandungkan
yang kenal abdi kehidupan.
engkau anak yang ku lahirkan
menjadi suluh gelap kehidupan.

perkerti baik kesukaan tuhan
memberi lebih baik dari meminta
kuasa itu berat bebannya
hiduplah kita cukup seadanya.



iii.
engkau permata hatiku
engkau belahan jiwaku
engkau ibu
engkau ratu

apa yang aku tahu
aku dapat melaluimu.